Ahad, 28 Mac 2010
TOK GURU ISTIMEWA

Baba Abdul Aziz, seorang ulama yang menjadi rebutan setiap insan yang dahagakan ilmu dan nasihat, setiap tutur kata mu adalah seperti mutiara di lautan, tingkah laku mu adalah contoh yang terbaik, ilmu dan pengalaman mu tiada tandingan, bimbing lah aku wahai guru.
Pesan Baba : Bila kita telah dimamah usia, usahlah lah kita menambah masalah yang ada, tumpukanlah kepada beribadat kepada Allah.
JOM HEBOH KB
Sedang Negeri Kelantan dilanda keresahan berikutan krisis Istana, Jom Heboh hebat diadakan di Bandaraya Islam ini bermula 26/3/2010 hingga 27/3/2010. Atas desakan hati, saya melangkah juga pergi bersama isteri dan anak-anak walaupun tahu ianya kurang memberi apa-apa makna dan pengajaran yang baik.
Melihat gelagat orang ramai seperti yang berfesyen, sederhana, lembu kenyang, artis dan pembaca berita, penjual belon dan mainan kanak-kanak, polis dan rakan-rakan seperjuangan, DJ, anak kecil menangis dan banyak lagi gelagat yang tidak mampu disebut satu persatu dan aku terfikir sendirian. Dalam golongan mana aku berada?

PENGALAMAN DI DUNIA BLOG
Semuanya sedia maklum, ramai individu yang memiliki blog sendiri. Walaupun saya agak terlambat dalam teknologi tersebut, ianya tidaklah merugikan. Pengalaman memiliki blog sendiri adalah pengalaman yang menarik dan tersendiri. Halatujunya,ditentukan oleh kita dengan keizinan Allah samada ia baik atau buruk.
PEMBUKAAN
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke Blog Pengembaraan Firdaus. Sempena hari yang penuh bermakna, iaitu hari pertama pembukaan blog ini atas izin Allah s.w.t, maka marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. yang telah banyak berkorban segala-galanya untuk kita umat islam. Mari kita bersama-sama berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan semua umat islam diseluruh dunia. Disini saya ingin bersama-sama kalian membicarakan tentang pengembaraan dan pendapat yang boleh kita kongsi bersama. Hayatilah dengan jujur.
Pesan Ayahanda ku: Dalam satu masa kita tidak boleh duduk dan berdiri sekali gus. Kita harus memilih samaada kita hendak duduk ataupun berdiri.
Pesan Ayahanda ku: Dalam satu masa kita tidak boleh duduk dan berdiri sekali gus. Kita harus memilih samaada kita hendak duduk ataupun berdiri.
Langgan:
Catatan (Atom)